BENGKEL PETANG PUITIKA DAN DAN
EKSPRESI PUNCAK PUISI 'WACANA PUNCAK 77 KEMALA'
30 Januari 2018 -
Pada 30 Januari 2018 yang lalu, Bengkel Petang Puitika dan ekspresi puncak
puisi ‘Wacana Puncak 77 Kemala’ telah diadakan sebagai merayakan kepengarangan
Sasterawan Negara ke 11 iaitu YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah sekali gus
memberikan penghargaan di atas penglibatan dan sumbang baktinya kepada dunia
sastera Nusantara selama 5 dekad. Bersempena dengan program ini, Persatuan
Sasterawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) juga telah bersetuju untuk
menjalinkan kerjasama dengan PNM dalam menjayakan Bengkel Petang Puitika dan
Ekspresi Puncak Puisi di premis PNM. Antara objektifnya adalah mempromosi PNM sebagai pusat rujukan sastera dan budaya, menjalinkan hubungan antara karyawan di dalam dan luar negara bersama PNM dan Memperkukuh
bahasa dan seni sastera di kalangan masyarakat. Bermula pada jam 2.30
hingga 6.00 petang bertempat di Bilik Syarahan 2, Aras 5 Anjung Bestari PNM.
Sesi bengkel ‘Petang Puitika’ telah diadakan dan dikendalikan oleh En. Umar
Uzair (Penyair Muda Asean), Shirley Idris (Penyair) dan
Fadhil Isa (Pembaca Berita TV9).
Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta di mana peserta telah
mendapat pendedahan berkaitan seni puisi dan sastera serta elemen dalam
ketrampilan dan keyakinan diri. Kemuncak acara adalah pada sebelah malam
bermula jam 7.45 malam hingga 10.30 malam bertempat di Bilik Serbaguna,
Aras 1, Anjung Bestari PNM. Program ini mengenengahkan 17 orang pemuisi
yang telah mendeklamasikan pelbagai puisi hasil karya YBhg. Dato’ Dr. Ahmad
Khamal Abdullah atau nama penanya KEMALA. Tetamu kehormat yang hadir antaranya
terdiri daripada YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Sasterawan Negara
ke-11), YBhg Dato’Nafisah binti Ahmad (Ketua Pengarah PNM), Prof. Arbak Othman
(Timbalan Presiden NUMERA), Widodo Abidarda (Ketua PW Lesbumi Jabar)
dan Dr.
Victor Pogadaev (Sejarawan dan penterjemah Russia). Seramai 89 jemputan telah
menghadiri majlis ini yang terdiri daripada ahli NUMERA, penggiat puisi ASEAN
dan wakil –wakil agensi serta barisan pengurusan PNM.
Comments
Post a Comment