Kuala Lumpur 20 Jan. - Buku Golden Jubilee, Class of 1966 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) telah dilancarkan di Perpustakaan Negara Malaysia pada 20 Januari 2018 oleh YABhg. Tun Mohammed Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara selaku Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK. Turut hadir Dato' Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Buku ini berkisarkan pengalaman dari Tan Sri Halim Shafie, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia semasa berada di sebuah institusi akademik yang penuh sejarah dan berjaya melahirkan ramai pemimpin kerajaan, tokoh korporat dan tenaga kerja dalam pelbagai bidang.
Penerbitan buku ini bertujuan untuk mendokumentasikan pengetahuan tidak ketara mengenai MCKK yang jarang dapat diketahui khalayak dalam bentuk penulisan. Buku ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi kepada generasi muda.
Penulis buku Datuk Dzulkifli Zain merakam kisah bekas pelajar Class 66 sebagai pengalaman sebenar berasrama dari sebelum masuk hingga tamat tingkatan enam atas ketika menduduki peperiksaan HSC pada tahun 1968. Terhasilnya buku ini dapat mendekatkan MCKK dengan rakyat. Turut diadakan Pameran MCKK dan Pameran U-Pustaka bagi mempromosi perkhidmatan perpustakaan digital.

Comments