TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPK)
LAWAT PERPUSTAKAAN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM)
TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPK)
LAWAT PERPUSTAKAAN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM)
Masjid Tanah 4 Jan. - Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah melawat Perpustakaan Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Turut Hadir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dato' Nafisah Ahmad.
Saranan beliau agar kolej ini segera ditambahbaik terutama dari segi bahan bacaan yang terkini. Kolej Matrikulasi Melaka mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Jesteru itu, bahan ilmiah amat penting sebagai sumber rujukan diperingkat institusi pengajian tinggi (IPT).
PNM dan KMM diharapkan dapat mengadakan jalinan kerjasama dan hubungan strategik berkaitan sumber bahan bacaan ini.
tahniah pustakawan poli KMM.
ReplyDelete