15 Feb 2018 - Ketua Pengarah
PNM Dato’ Nafisah Ahmad, telah menerima kunjung hormat daripada Datuk Wira
Ahmad Rusli Joharie, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah
PERPUSTAM. Ketibaan Datuk Wira Ahmad Rusli ke PNM yang diiringi Encik
Mohamed Aizamuddy Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM disambut oleh Dato’ Nafisah
sendiri bersama Pengarah Prasarana Ilmu Maklumat, Hj. Rosham Hj. Shukor; Encik
Abdul Rahman Sudin, Pengarah PERDANA; dan pegawai kanan PNM. Kunjungan ini bertujuan
mengukuhkan jalinan kerjasama antara PNM dengan PERPUSTAM dan berkongsi
maklumat mengenai perkembangan terkini perpustakaan masing-masing.Beberapa
perkara yang menyentuh kepentingan bersama dibincangkan antaranya seperti
penyelarasan tadbir urus perpustakaan desa, pembangunan sumber manusia dan
kerjasama program/aktiviti galakan membaca.Pada akhir lawatan, rombongan
pelawat dibawa melawat ke Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, PNM.
Comments
Post a Comment