‘KNOWLEDGE GARDEN’@
KAMPUNG BUKU, LANGKAWI, KEDAH 2018
KAMPUNG BUKU, LANGKAWI, KEDAH 2018
Kampung Buku yang
terletak di pinggir kaki bukit air terjun Lubuk Semilang di Langkawi ini
merupakan sebuah lagi mercu tanda yang dapat dilihat di Pulau Lagenda ini. Ia terletak di
kawasan seluas kira-kira 202 hektar dengan tumpuan kepada kira-kira 14 hektar
di Hulu Melaka, Langkawi. Ia merupakan sebuah destinasi yang mempunyai keunikan tersendiri kerana Kampung
Buku Langkawi Malaysia satu-satunya Kampung Buku yang berlatarkan hutan dan
alam semulajadi. Kampung Buku juga berupaya menjadi tarikan pelancong sejajar
dengan hasrat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) untuk
membangunkannya sebagai produk ’Knowledge
Tourism’.
Pada 3 Mac yang lalu, Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) PNM terlibat dalam pembangunan Kampung Buku
Langkawi melalui penganjuran Program Galakan Membaca ‘Knowledge Garden’@Kampung Buku Langkawi. Program ini akan
dijalankan pada minggu pertama setiap bulan dan program ini juga yang pertama
melibatkan jabatan/agensi secara National Blue Oceon Strategy (NBOS). Program
telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah Ketua
Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia diiringi
oleh Ketua Pengarah PNM Dato’ Hajah Nafisah binti Ahmad.
Objektif program galakan membaca ini adalah memperkenal dan mempromosikan ’Knowledge
Garden’@Kampung Buku Langkawi sebagai
sebuah destinasi pelancongan ’Agro-arts’
yang baru, Memajukan daya keupayaan dan pembangunan profesionalisme
artis, menggalakkan penglibatan komuniti tempatan di dalam aktiviti yang
berteraskan kesenian dan juga menyediakan latihan modal insan bagi melahirkan
usahawan seni.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh PNM
adalah Buku
Jalanan, Sesi Bercerita, *Fun With Jawi@Kampung Buku Langkawi ,
Sesi/Pertandingan Mewarna dan juga Jualan Buku. Pegawai-pegawai PNM telah
dibantu oleh kakitangan
Perpustakaan Desa Zon K11 di Langkawi mengikut giliran yang ditetapkan.
Secara
keseluruhannya, Program ‘Knowledge
Garden’@Kampung Buku Langkawi dilaksanakan bagi membangunkan semula
perkampungan buku ini sebagai produk pelancongan serta menjadikannya sebagai pusat
pemindahan ilmu atau ‘knowledge
transfers’ dan seterusnya berupaya melahirkan usahawan seni dan sejajar dengan impak program ini iaitu
‘Melestarikan Kesinambungan Hayat’.
Comments
Post a Comment