PROGRAM WALA', KETUA PENGARAH PNM TURUN PADANG
Sesi Pertemuan YBhg. Dato' Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dengan Pustakawan Gred S44 dan Pustakawan Gred S41
Program Walla’ atau pemukiman
mini merupakan satu lagi inisiatif PNM untuk mengeratkan hubungan antara
jabatan induk di PNM dengan kakitangan di setiap negeri. Program Walla’ mensasarkan
penyertaan seramai 821 orang kakitangan Perpustakaan Desa dan 691 orang
kakitangan Perpustakaan Khusus Gunasama di bawah tadbir urus PNM. Sebanyak 34
progam telah dirancang sepanjang tahun 2018 dan setakat ini 3 program telah
berjaya dilaksanakan bermula 2 Mac 2018. Sesi ini menjadi landasan bagi Ketua
Pengarah PNM menyampaikan amanat dan berkongsi cerita kejayaan Malaysia dan
Perpustakaan. Sebagai permulaan, program ini telah dirancang untuk diadakan di
13 negeri dalam bulan Mac dan April.
Sesi pertama telah diadakan
pada 2 Mac 2018 di Auditorium Abu Talib, Institut Penyelidikan Perikanan, Batu
Maung, Pulau Pinang dengan kehadiran 12 orang warga perpustakaan khusus
gunasama dan 52 orang warga Perpustakaan Desa. Manakala sesi kedua pula telah
diadakan pada 4 Mac 2018 di Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Kedah dengan kehadiran 13 orang warga
perpustakaan khusus gunasama dan 105 orang warga Perpustakaan Desa di negeri
Kedah.
Adalah diharapkan pelaksanaan
program seumpama ini, dapat memantapkan lagi perkhidmatan semua kakitangan PNM
sama ada di dalam mahu pun yang berada di
perpustakaan khusus gunasama dan Perpustakaan Desa dengan membawa
aspirasi kecemerlangan perkhidmatan kepustakawanan.
Comments
Post a Comment