WACANA MANUSKRIP MELAYU “HUKUM DAN PERATURAN SAMUDERA ALAM MELAYU SATU TINJAUAN
KEDINAMIKAN PEMIKIRAN MELAYU ” DI PNM
“Melayu itu adalah mereka yang tidak akan berjalan kaki selagi
perahu mereka boleh sampai. Tidak akan berumah di tanah kering selagi ada tanah
berpaya.” Itulah kata-kata yang menarik berkisarkan “Hukum dan peraturan
Samudera Alam Melayu satu tinjauan kedinamikan Melayu”.
Bicara “Hukum dan Peraturan Samudera Melayu” telah berlangsung
di Bilik Serbaguna PNM pada 15 Mac 2018. Program tersebut telah dihadiri
terdiri daripada para ilmuwan sejarah antaranya Timbalan Ketua Pengarah PNM, Puan
Maizan binti Ismail, Mantan Professor UKM dan Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam
dan Dr. Ahmad Jelani Halimi, Pakar Sejarah Awal dan Maritim Asia Tenggara. Turut hadir wakil Grup Penjejak
Tamadun Dunia (GPTD) iaitu Naib Presiden Abdul Hakim Bin Shahbuddin, Encik Muhammad Huzaifah Bin Ahmad dan Encik Luqman Hakim Bin
Ishak.
Selain program bicara, terdapat juga jualan-jualan buku di pintu
masuk bilik serbaguna bagi menarik minat peserta. Antara buku yang dipamerkan
termasuklah dari Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia.
Antara intipati bicara adalah Bangsa Melayu dilabelkan sebagai
bangsa di dunia yang memliki deria keenam ketika mengemudikan pelayaran persis
bangsa Viking di Eropah serta setaraf bangsa Norseman dan Phoenician. Pakar
Sejarah Awal dan Maritim, Asia Tenggara, Dr. Ahmad Jelani Halimi berkata, ini
kerana sejarawan barat mengagumi ilmu pelayaran orang Melayu ketika itu yang
tidak mempunyai kompas atau carta bertulis. Dr. Ahmad Jelani Halimi merupakan
pensyarah di Universiti Sains Malaysia.
Comments
Post a Comment