KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2018
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat kebangsaan 2018
telah diadakan pada 3-5 April 2018.
Program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia yang memasuki tahun ke-9 penganjurannya ini telah memilih negeri Perak
sebagai tuan rumah. Majlis Pelancaran KM1M
telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak, Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 3 April
2018 di SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Siti Aishah Sheikh Ab Kadir, Pengarah
Perkhidmatan Korporat mewakili Ketua Pengarah PNM.
Penganjuran
ini bermatlamat untuk menerapkan nilai cintakan ilmu dan
budaya membaca bagi melahirkan generasi pelapis yang cerdas dan mempersiapkan
mereka menghadapi persaingan arus globalisasi.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai rakan
persepakatan strategik telah bersama-sama menjayakan pelbagai program galakan membaca sepanjang 3 hari pelaksanaan KM1M 2018. Pengisian
utama PNM ialah Bengkel Literasi Media dan Maklumat yang melibatkan 308 peserta
terdiri dari pelajar tingkatan 3 dari 5 buah sekolah menengah iaitu SMK Bandar
Baru Putra, SMK Jalan Tasek, SMK Ulu Kinta, SMK Bercham dan SMK Tanjung
Rambutan. Bengkel ini bertepatan dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Peluang dan
ruang perlu diberi kepada semua golongan tanpa mengira latar keturunan mahupun
taraf sosio ekonomi agar semua mendapat manfaatnya. Tidak terkecuali golongan pelajar yang
merupakan nadi penggerak kepada pembinaan tamadun.
Aktiviti
lain yang dianjurkan termasuklah pameran manuskrip melayu, promosi pangkalan
data digital PNM, u-Pustaka, Fun with Jawi,
sesi membaca bersama (let’s
read together), sumbangan bahan bacaan dan
Bengkel LMM Training of Trainers
(ToT) Guru Perpustakaan dan Media Sekolah di negeri Perak.
KM1M
turut dimeriahkan dengan penyertaan oleh Perbadanan Kota Buku (PKB), Majlis
Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan
Perpustakaan Awam perak, dan syarikat swasta seperti Ana Muslim, Teman Pintar,
Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT), Grolier, dan Clay Creative (labu sayong). Aktiviti lain KM1M termasuklah pameran dari
pelbagai agensi, bengkel penulis muda, melukis ilustrasi buku, resensi buku, folk stories, reka cipta bahan terpakai
dan jejak maklumat.
Comments
Post a Comment