Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SENI KONTEMPORARI CUBA



Majlis Perasmian Pameran Seni Kontemporari Cuba telah diadakan pada 14 Mei 2018 di ruang serbaguna Aras 1, Anjung Bestari. Perpustakaan Negara Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Ibete Fernandez Hernandez, Duta Besar Republik Cuba ke Malaysia. Perasmian ini diiringi oleh Puan Siti Aishah Sheikh Kadir, Pengarah Perkhidmatan Korporat mewakili Dato’ Nafisah, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara. Turut hadir sama tetamu kehormat perwakilan kedutaan-kedutaan di Malaysia.

Pameran Cuban Contemporary Art ini menampilkan gabungan karya dari 21 artis Cuba yang mengetengahkan konsep seni kontemporari Cuba yang terkenal dengan seni visual yang kreatif dan mengagumkan. Ekspresi seni yang dipamerkan menggambarkan semangat seniman Cuba dalam menyuarakan inspirasi dan pemikiran mereka kepada umum. Usaha yang dilakukan antara kedua belah pihak ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Cuba dan Malaysia melalui perkongsian budaya dan hasil seni ini turut berperanan sebagai pengantara dalam mempromosikan kebudayaan dan industri pelancongan.

Dalam mempromosikan karya seni budaya, penglibatan kedutaan dan pesuruhjaya tinggi juga digalakkan untuk bergiat aktif dalam mempromosikan IFLA WLIC 2018 melalui penyertaan sebagai peserta persidangan, pembenteng kertas kerja dan juga melalui penyertaan dalam pameran. Melalui penganjuran persidangan ini, hubungan diplomatik dalam sektor budaya dan pendidikan dapat diperkukuhkan.

Comments