NAZIRAN AUDIT LUAR SIRIM QAS INTERNATIONAL
Naziran Audit dari pihak SIRIM
QAS International telah diadakan pada 21 Mei sehingga 23 Mei 2018. Sebanyak 20 pemilik
proses telah menjalani pemeriksaan audit. Mulai tahun 2017, Perpustakaan Negara
Malaysia telah melaksanakan versi MS ISO 9001:2015 berbanding MS ISO 9001:2008
sebelum ini. Tujuan naziran ini adalah bagi pemantauan kearah naik taraf versi berbanding
sebelum ini. Pihak Audit dari SIRIM QAS International diketuai oleh Puan Asiyah
bt Haron dan dibantu oleh Puan Hawa Ma’rof dan Puan Rajalekshmi a/p Rama
Chandram. Majlis pembukaan dan penutup telah diadakan di Bilik Serbaguna aras 1
Perpustakaan Negara Malaysia. Secara keseluruhannya pihak audit SIRIM QAS
International amat berpuashati sistem kualiti Perpustakaan Negara Malaysia
dengan versi baharu MS ISO 9001:2015.
Comments
Post a Comment