WORLD #QURANHOUR
Program World #QuranHour telah
dijalankan secara serentak diseluruh negara pada 7 Jun 2018 bersamaan 22
Ramadan 1439H. Program ini merupakan anjuran bersama Perpustakaan Negara
Malaysia dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia
(MPAM).
Penganjuran kali ke empat ini menjelaskan
bahawa pendidikan keagamaan adalah relevan kerana aktiviti sebegini merupakan
satu inisiatif spiritual amalan membaca Al-Quran. Kesungguhan merealisasikan
program ini sebagai acara tahunan menggambarkan lagi usaha mendekatkan al-Quran
dalam memenuhi tuntutan agama untuk melahirkan masyarakat yang berilmu tinggi
membentuk budaya dalam kehidupan.
Program World #QuranHour telah menggerakkan gelombang umat Islam untuk berinteraksi dengan
al-Quran bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia.
Kemuncak program ini
direalisasikan dengan aktiviti ‘Satu Jam Bersama Al-Quran’ iaitu bertadarus dan
bertadabbur Al-Quran secara serentak pada ruang waktu yang berbeza, meluangkan
masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran.
Sempena program ini, pelbagai
aktiviti telah diadakan seperti Sumbangan buku kepada Rohingya Intelectual School of Ecxellence
(RISE), Alternative Education Centre – Cinta Syria Malaysia, Madrasah Tahfiz Al – Aziz, Sekolah Berasrama
Penuh dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Disamping itu turut diadakan Bicara Ilmu
: Adab Pembaca Al-Quran oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed; Tadarus
A-Quran; Khatam Al-Quran; Sesi Literasi Media dan Maklumat; Persembahan Nasyid
oleh kumpulan Saujana; Kuliah Ihya Ramadhan; Majlis Berbuka Puasa dan Solat
Terawih.
Aktiviti seperti ini perlu
diteruskan dan dipergiatkan sebagai satu platform penyebaran dan mengimarahkan
amalan membaca Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan malah diteruskan setiap masa. Semoga usaha
berterusan daripada pelbagai pihak ini diperluas di agensi kerajaan.
Comments
Post a Comment