MAJLIS MERIAHNYA RAYA @ PNM 2018
Perpustakaan Negara Malaysia
telah menganjurkan Majlis Meriahnya Raya @ PNM 2018 pada 12 Julai 2018
bersamaan 28 Syawal 1439H bertempat di ruang santai dan ruang pameran, Anjung
Bestari.
Sambutan Hari Raya
Aidilfitri yang menjadi acara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah
kakitangan PNM. Jemputan turut dipanjangkan kepada kakitangan gunasama PNM,
pengguna perpustakaan serta kakitangan jabatan dan agensi sekitar premis PNM.
Majlis ini membuka ruang untuk berkongsi kegembiraan selain dari menanam sifat
keterbukaan dan semangat Muhibbah yang merupakan konsen amalan masyarakat
majmuk di Malaysia.
Konsep Gerai Raya
menghidangkan keunikan rasa juadah dan persembahan hiasan gerai yang
ditonjolkan merupakan inisiatif dan kreativiti kakitangan PNM. Antara juadah
yang disediakan adalah nasi impit dan kuah kacang, aneka lempeng, tapai, aneka
kerepek, murtabak, pudding buah-buahan dan kuih-muih tradisional. Menu istimewa
yang mendapat sambutan ialah nasi arab, laksa Sarawak, soto ayam, aneka kek dan
aiskrim.
Antara pengisian dalam
majlis ini ialah pertandingan Gerai Raya Paling Meriah yang disandang oleh Bahagian
Pinjaman yang menampilkan tema Arabian manakala Encik Shahril Lariwoo dan Puan
Norazila Abd Aziz masing-masing mengungguli busana raya paling bergaya.
Comments
Post a Comment