''SECANGKIR KOPI DAN SEBUAH BUKU : MEMBACA PADA USIA EMAS'' “Secangkir Kopi dan Sebuah Buku : Membaca Pada Usia Emas” merupakan Program Galakan Membaca khusus bagi golongan warga emas dalam kalangan pesara ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia yang julung-julung kali diadakan. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan minat dan aktiviti pembacaan/penulisan bagi golongan ini agar dapat diterapkan sebagai budaya dalam kehidupan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu, ia dapat memastikan kesinambungan aktiviti pembacaan akan sentiasa berterusan dan perkhidmatan perpustakaan dapat digunakan secara maksimum oleh golongan warga emas/pesara dalam usaha memastikan golongan ini sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif dan inovatif dan mampu menjadi figura contoh kepada masyarakat terutama dalam bidang keilmuan, budaya berfikir dan pembangunan ummah. Antar...