Skip to main content

''SECANGKIR KOPI DAN SEBUAH BUKU : MEMBACA PADA USIA EMAS''




 “Secangkir Kopi dan Sebuah Buku : Membaca Pada Usia Emas” merupakan Program Galakan Membaca khusus bagi golongan warga emas dalam kalangan pesara ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia yang julung-julung kali diadakan.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan minat dan aktiviti pembacaan/penulisan bagi golongan ini agar dapat diterapkan sebagai budaya dalam kehidupan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu, ia dapat memastikan kesinambungan aktiviti pembacaan akan sentiasa berterusan dan perkhidmatan perpustakaan dapat digunakan secara maksimum oleh golongan warga emas/pesara dalam usaha memastikan golongan ini sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif dan inovatif dan mampu menjadi figura contoh kepada masyarakat terutama dalam bidang keilmuan, budaya berfikir dan pembangunan ummah. 


Antara pengisian program adalah Bacaan Kegemaran Saya (BKS) iaitu dua orang wakil dari Persatuan-persatuan Pesara Kerajaan/Swasta berkongsi bacaan kegemaran mereka serta memberi motivasi kepada golongan warga emas/pesara yang lain untuk menjadikan membaca sebagai amalan untuk literasi dan rekreasi. Sesi ini diadakan selama 20 minit bagi setiap pembicara. Turut diadakan Forum “Membaca Pada Usia Emas” yang mengutarakan mengenai lanskap amalan dan budaya membaca dalam kalangan golongan emas. Ia melibatkan seorang wakil daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia iaitu Puan Hasmah Hitam iaitu Pesara Guru Besar dan seorang warga emas/pesara dari kalangan penulis buku iaitu YBhg. Dato’ Shariff bin Osman. Moderator forum ialah Encik Mohamad Hanapi Jamaludin daripada MBM. Dalam forum ini mereka mengupas cabaran dalam usaha menggalakkan masyarakat membaca terutamanya dalam kalangan warga emas.

Comments