KARNIVAL SEMARAK JAWI @ PD MUAR JOHOR
Perpustakaan Negara
Malaysia telah mengadakan Karnival Semarak Jawi@PD Muar Johor 2018 pada 19-20
Oktober 2018 di Perpustakaan Desa Kompleks Penghulu Mukim Sg. Balang,Semerah,
Muar, Johor. Karnival ini merupakan
anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Johor Corporation, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Yayasan Warisan Johor,
Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, KEMAS Daerah Muar,
Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Telaga Biru Sdn. Bhd dan Syarikat Permainan
Malaysia. Majlis perasmian program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dr.
Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Oktober 2018.
Karnival Semarak Jawi@PD Muar, Johor 2018 merupakan
penganjuran kali ke-enam oleh
Perpustakaan Negara Malaysia. Objektif karnival adalah mempromosikan aktiviti
yang berunsurkan Jawi dan khat kepada masyarakat setempat serta
membantu memartabatkan kembali tulisan Jawi sebagai khazanah warisan bangsa
Melayu yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Karnival yang
telah dijalankan selama dua hari ini merupakan karnival yang berkonsepkan santai
ilmu dan diadakan dalam bentuk pertandingan, bicara ilmu, kuiz, permainan yang
mempunyai unsur pendidikan. Sepanjang
penganjurannya karnival ini telah dibahagikan kepada 3 segmen iaitu acara pentas,
sudut aktiviti dan pameran. Antara pengisian adalah Bengkel Syoknya Jawi,
Bengkel Khat, Bicara Inovasi Jawi: HiJAAQ dan lain-lain lagi.
Comments
Post a Comment