Kalam Karyawan Siri 2/2018
‘Menelusuri Karya Sasterawan Negara’
Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) menganjurkan program Kalam Karyawan Siri 2/2018 yang bertemakan
‘Menelusuri Karya Sasterawan Negara’ yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr.
A. Samad Said, Tokoh Sasterawan Negara ke-4 (1986).
Menarik bagi program ini adalah satu perkongsian ilmu dan
pengalaman oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. A. Samad Said sepanjang penglibatan beliau
dalam menghasilkan beberapa karya yang memberi impak kepada pembangunan negara
bangsa sehingga dinobatkan sebagai Sasterawan Negara.
Beliau merupakan seorang pengarang Melayu yang agak unik
dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan
cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera.
Pengiatan beliau dalam bidang ini bermula sejak tahun 1950 dan beliau telah
memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih
bersifat meneroka.
Sejak di bangku sekolah menengah lagi, beliau sudah mula
dikenali di kalangan ahli sastera dalam
dan luar negara. Novel Salina telah
berjaya mengangkat nama beliau di persada antarabangsa manakala novel Sungai Mengalir Lesu juga menampilkan
pengalaman langsung beliau dalam masyarakat yang menderita akibat perang.
Selain menulis novel, beliau juga aktif dalam menulis puisi seperti yang yang
terkumpul dalam kumpulan Liar di Api.
Disamping itu, beliau juga merupakan penulis yang terawal
menjalankan eksperimen dalam sajak-sajak bebas. Beberapa buah lagi kumpulan
puisi telah diterbitakan seperti Benih
Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk
Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).
Selain itu, kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak
langsung memperkuat minat beliau terhadap kesusasteraan. Hasil usaha dan tekad
beliau untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, beliau telah berupaya
menghasilkan pelbagai genre seperti sajak, novel, drama, esei/kritikan dan
terjemahan.
Sumbangan beliau kepada kesinambungan kesusasteraan
Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu
menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50
dengan angkatan sebelumnya.
Sehingga kini, Perpustakaan Negara Malaysia sudah
mempunyai 4,781 naskhah koleksi beliau yang ditempatkan di Koleksi Khas,
Rujukan Malaysiana untuk rujukan pengguna.
Online Casino - GambiFranheitie
ReplyDeleteOnline Casinos in South Africa - Top Casino, Casino Games & Live Dealer Gaming If you 온라인 카지노 검증 are a fan of online casino gambling, and want a great experience, you need a