Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018
BAGAN DATUK BAKAL MEREALISASIKAN PERPUSTAKAAN DIGITAL BAGAN DATUK, 21 April 2018: Bagan Datuk sekali lagi bakal melakar sejarah apabila sebuah Perpustakaan Digital pertama seumpamanya di Negara ini akan dibina menjelang 2019. YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Perpustakaan Digital Bagan Datuk dengan diiringi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dan Ketua Pengarah PNM, Dato’   Nafisah Ahmad. Perpustakaan Digital Bagan Datuk ini merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayan melalui Perpustakaan Negara Malaysia yang berkonsepkan perpustakaan digital sepenuhnya . K erajaan persekutuan memperuntukkan kos sebanyak RM 5.4 juta bagi projek ini dan dijadualkan akan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2019. Pembinaan Perpustakaan Digital ini merupakan salah satu elemen di dalam kluster pendidikan Bagan Dat...
KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2018 K em Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat kebangsaan 2018 telah diadakan pada 3-5 April 2018.   Program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang memasuki tahun ke-9 penganjurannya ini telah memilih negeri Perak sebagai tuan rumah.   Majlis Pelancaran KM1M telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 3 April 2018 di SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak.   Majlis turut dihadiri oleh Puan Siti Aishah Sheikh Ab Kadir, Pengarah Perkhidmatan Korporat mewakili Ketua Pengarah PNM. Penganjuran ini bermatlamat untuk menerapkan nilai cintakan ilmu dan budaya membaca bagi melahirkan generasi pelapis yang cerdas dan mempersiapkan mereka menghadapi persaingan arus globalisasi. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai rakan persepakatan strategik telah bersama-sama menjayakan pelbagai program galakan membaca sepanjang 3 hari pelaksanaan KM1M 2018...