SUKARELAWAN PNM DI IFTAR@KL 2018 Penganjuran Iftar@KL telah memasuki edisi ke tujuh dan menjadi acara tahunan pada bulan Ramadhan. Objektif Iftar@KL bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadhan sebagai bulan beribadah serta mengeratkan hubungan antara masyarakat warga kota. Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, majlis berbuka puasa perdana Iftar@KL 2018 menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, YBhg. Tan Sri Norliza Rofli selaku urusetia induk program Iftar@KL 2018; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah; Ketua Pengarah PNM, Dato’ Nafisah Ahmad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Fahmi Fadzil. Acara kemuncak Iftar@KL 2018 iaitu Malam 7 Likur telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimana pelita ge...