Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018
MAJLIS MERIAHNYA RAYA @ PNM 2018 Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Majlis Meriahnya Raya @ PNM 2018 pada 12 Julai 2018 bersamaan 28 Syawal 1439H bertempat di ruang santai dan ruang pameran, Anjung Bestari. Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjadi acara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah kakitangan PNM. Jemputan turut dipanjangkan kepada kakitangan gunasama PNM, pengguna perpustakaan serta kakitangan jabatan dan agensi sekitar premis PNM. Majlis ini membuka ruang untuk berkongsi kegembiraan selain dari menanam sifat keterbukaan dan semangat Muhibbah yang merupakan konsen amalan masyarakat majmuk di Malaysia. Konsep Gerai Raya menghidangkan keunikan rasa juadah dan persembahan hiasan gerai yang ditonjolkan merupakan inisiatif dan kreativiti kakitangan PNM. Antara juadah yang disediakan adalah nasi impit dan kuah kacang, aneka lempeng, tapai, aneka kerepek, murtabak, pudding buah-buahan dan kuih-muih tradisional. Menu istimewa yang mendapat sa...
MESYUARAT PERPUSTAKAAN KHUSUS GUNASAMA KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL Mesyuarat Perpustakaan Khusus Gunasama Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah diadakan pada 12 Julai 2018 bertempat di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Menara Wisma Sejarah. Mesyuarat bermula dengan penyampaian amanat oleh YBhg. Dato’ Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara selaku Ketua Perkhidmatan Perpustakaan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan Perpustakaan Negara Malaysia dan 104 pegawai dari perpustakaan khusus serata negara. Objektif utama mesyuarat ini memberi ruang dan peluang untuk para pegawai untuk memberi perkongsian maklumat serta sesi soal jawab dalam membincangkan isu-isu berbangkit. Intipati mesyuarat ini turut memantapkan fungsi dan peranan Perpustakaan Khusus Gunasama dalam usaha mengukuhkan institusi Perpustakaan Negara sebagai hub penyebaran maklumat. 
 KEM TULISAN JAWI 2018 Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan Majlis Dakwah Negara (MDM) telah mengambil satu langkah kehadapan dengan menganjurkan Kem Tulisan Jawi 2018 pada 02 dan 03 Julai 2018 bertempat di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Persatuan Sejarah Malaysia, Wisma Sejarah. Kem ini telah dihadiri oleh seramai 178 orang peserta yang terdiri daripada wakil guru-guru seluruh Malaysia, persendirian dan kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia. Kem yang berlangsung selama dua hari ini turut merangkumi kuliah, latihan amali secara hands-on berlandaskan Modul Kem Cemerlang Jawi (KCJ) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan bengkel hari ini sarat dengan teknik dan panduan yang harus iikuti oleh guru dalam menyampaikan pengajaran awal Jawi kepada para pelajar. Teknik ini disusun sebegitu rapi supaya semua ...