Skip to main content

Posts

Berita Terkini

  Kalam Karyawan Siri 2/2018  ‘Menelusuri Karya Sasterawan Negara’ Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan program Kalam Karyawan Siri 2/2018 yang bertemakan ‘Menelusuri Karya Sasterawan Negara’ yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. A. Samad Said, Tokoh Sasterawan Negara ke-4 (1986). Menarik bagi program ini adalah satu perkongsian ilmu dan pengalaman oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. A. Samad Said sepanjang penglibatan beliau dalam menghasilkan beberapa karya yang memberi impak kepada pembangunan negara bangsa sehingga dinobatkan sebagai Sasterawan Negara. Beliau merupakan seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Pengiatan beliau dalam bidang ini bermula sejak tahun 1950 dan beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sejak di bangku sekolah ...
Recent posts
KARNIVAL SEMARAK JAWI @ PD MUAR JOHOR Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan Karnival Semarak Jawi@PD Muar Johor 2018 pada 19-20 Oktober 2018 di Perpustakaan Desa Kompleks Penghulu Mukim Sg. Balang,Semerah, Muar, Johor.  Karnival ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Johor Corporation, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Yayasan Warisan Johor, Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, KEMAS Daerah Muar, Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Telaga Biru Sdn. Bhd dan Syarikat Permainan Malaysia. Majlis perasmian program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Oktober 2018. Karnival Semarak Jawi@PD Muar, Johor 2018 merupakan penganjuran kali  ke-enam oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Objektif karnival adalah mempromosikan aktiviti yang berunsurkan Jawi dan khat kepada masyarakat setempat serta membantu memartabatkan kembali tulisan J...
''SECANGKIR KOPI DAN SEBUAH BUKU : MEMBACA PADA USIA EMAS''   “Secangkir Kopi dan Sebuah Buku : Membaca Pada Usia Emas” merupakan Program Galakan Membaca khusus bagi golongan warga emas dalam kalangan pesara ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia yang julung-julung kali diadakan. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan minat dan aktiviti pembacaan/penulisan bagi golongan ini agar dapat diterapkan sebagai budaya dalam kehidupan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu, ia dapat memastikan kesinambungan aktiviti pembacaan akan sentiasa berterusan dan perkhidmatan perpustakaan dapat digunakan secara maksimum oleh golongan warga emas/pesara dalam usaha memastikan golongan ini sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif dan inovatif dan mampu menjadi figura contoh kepada masyarakat terutama dalam bidang keilmuan, budaya berfikir dan pembangunan ummah.  Antar...