SINGGAH SANTAI@PNM #Relakslah dulu siri 1 24 Februari 2018 - Program Singgah Santai @PNM # Relakslah Dulu siri 1, Perpustakaan Negara Malaysia merupakan aktiviti berskala sederhana yang merupakan jenama baru aktiviti galakan membaca (peringkat dalaman PNM) yang melibatkan kerjasama bahagian-bahagian perkhidmatan selaras dengan usaha memberi galakan kepada pengunjung untuk mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik yang mampu meransang perkembangan minda dan interaksi sosial mereka. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke perpustakaan dan sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan antara perpustakaan dengan komuniti setempat bagi mewujudkan generasi yang membaca dan celik ilmu. Singgah Santai @PNM #Relakslah Dulu siri 1 ini buat pertama kalinya menampilkan Program Night@Library yang telah disertai oleh 20 orang pelajar lelaki dari Po...