WACANA MANUSKRIP MELAYU “HUKUM DAN PERATURAN SAMUDERA ALAM MELAYU SATU TINJAUAN KEDINAMIKAN PEMIKIRAN MELAYU ” DI PNM “Melayu itu adalah mereka yang tidak akan berjalan kaki selagi perahu mereka boleh sampai. Tidak akan berumah di tanah kering selagi ada tanah berpaya.” Itulah kata-kata yang menarik berkisarkan “Hukum dan peraturan Samudera Alam Melayu satu tinjauan kedinamikan Melayu”. Bicara “Hukum dan Peraturan Samudera Melayu” telah berlangsung di Bilik Serbaguna PNM pada 15 Mac 2018. Program tersebut telah dihadiri terdiri daripada para ilmuwan sejarah antaranya Timbalan Ketua Pengarah PNM, Puan Maizan binti Ismail, Mantan Professor UKM dan Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam dan Dr. Ahmad Jelani Halimi, Pakar Sejarah Awal dan Maritim Asia Tenggara . Turut hadir wakil Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) iaitu Naib Presiden Abdul Hakim Bin Shahbuddin , Encik Muhammad Huzaifah Bin Ahmad dan Encik Luqman Hakim Bin Ishak. ...