Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018
NAZIRAN AUDIT LUAR SIRIM QAS INTERNATIONAL Naziran Audit dari pihak SIRIM QAS International telah diadakan pada 21 Mei sehingga 23 Mei 2018. Sebanyak 20 pemilik proses telah menjalani pemeriksaan audit. Mulai tahun 2017, Perpustakaan Negara Malaysia telah melaksanakan versi MS ISO 9001:2015 berbanding MS ISO 9001:2008 sebelum ini. Tujuan naziran ini adalah bagi pemantauan kearah naik taraf versi berbanding sebelum ini. Pihak Audit dari SIRIM QAS International diketuai oleh Puan Asiyah bt Haron dan dibantu oleh Puan Hawa Ma’rof dan Puan Rajalekshmi a/p Rama Chandram. Majlis pembukaan dan penutup telah diadakan di Bilik Serbaguna aras 1 Perpustakaan Negara Malaysia. Secara keseluruhannya pihak audit SIRIM QAS International amat berpuashati sistem kualiti Perpustakaan Negara Malaysia dengan versi baharu MS ISO 9001:2015.
WACANA MANUSKRIP MELAYU “PANDANGAN DAN TAFSIRAN PERUBATAN MODEN TERHADAP PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU” Program Wacana Manuskrip Melayu “Pandangan dan Tafsiran Perubatan Moden terhadap Perubatan Tradisional Melayu” telah dilaksanakan pada 15 Mei 2018 di Bilik Serbaguna Aras 1, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia. Dua orang pembentang telah dijemput untuk membicarakan berkenaan perkara ini iaitu Dr. Abdul Ghani Hussain (Herbwalk Consultancy) dan Dr. Nik MusaĆ”dah Mustapha dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).  Program berbentuk ilmiah ini diadakan untuk menarik lebih ramai lagi masyarakat dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa untuk memahami kepentingan warisan negara kita iaitu manuskrip Melayu. Program wacana pada kali ini difokuskan kepada pandangan dan tafsiran penyelidik dan pengamal perubatan moden terhadap amalan perubatan silam. Amalan perubatan silam ini telah diamalkan oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu dan telah di...
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SENI KONTEMPORARI CUBA Majlis Perasmian Pameran Seni Kontemporari Cuba telah diadakan pada 14 Mei 2018 di ruang serbaguna Aras 1, Anjung Bestari. Perpustakaan Negara Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Ibete Fernandez Hernandez, Duta Besar Republik Cuba ke Malaysia. Perasmian ini diiringi oleh Puan Siti Aishah Sheikh Kadir, Pengarah Perkhidmatan Korporat mewakili Dato’ Nafisah, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara. Turut hadir sama tetamu kehormat perwakilan kedutaan-kedutaan di Malaysia. Pameran Cuban Contemporary Art ini menampilkan gabungan karya dari 21 artis Cuba yang mengetengahkan konsep seni kontemporari Cuba yang terkenal dengan seni visual yang kreatif dan mengagumkan. Ekspresi seni yang dipamerkan menggambarkan semangat seniman Cuba dalam menyuarakan inspirasi dan pemikiran mereka kepada umum. Usaha yang dilakukan antara kedua belah pihak ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Cuba dan Malaysia melalui p...