Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018
         BENGKEL PETANG PUITIKA DAN DAN  EKSPRESI PUNCAK PUISI 'WACANA PUNCAK 77 KEMALA'          30 Januari 2018  - Pada 30 Januari 2018 yang lalu, Bengkel Petang Puitika dan ekspresi puncak puisi ‘Wacana Puncak 77 Kemala’ telah diadakan sebagai merayakan kepengarangan Sasterawan Negara ke 11 iaitu YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah sekali gus memberikan penghargaan di atas penglibatan dan sumbang baktinya kepada dunia sastera Nusantara selama 5 dekad. Bersempena dengan program ini, Persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) juga telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan PNM dalam menjayakan Bengkel Petang Puitika dan Ekspresi Puncak Puisi di premis PNM. Antara objektifnya adalah  mempromosi PNM sebagai pusat rujukan sastera dan budaya,  menjalinkan hubungan antara karyawan di dalam dan luar negara bersama PNM dan Memperkukuh bahasa dan seni sastera di kalangan masyarakat....
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN RUSIA MALAYSIA: HISTORY OF FRIENDSHIP Kuala Lumpur 30 Jan - Majlis Perasmian Pameran Rusia Malaysia: History of Friendship telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 30 Januari 2018 (Selasa). Majlis perasmian yang diadakan buat julung- julung kalinya ini telah disempurnakan oleh Duta Besar Rusia, Valery N Yermolov dan Dr Victor A Pogadaev. Perasmian ini ditemani oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dato’ Nafisah Ahmad sebagai tuan rumah.  Turut hadir sama bagi menyerikan majlis ialah Duta Republik Azerbaijan, Qaley Allahverdiyev dan  Ketua Pegawai Eksekutif (ITBM), Mohd Khair Ngadiron. Usaha yang dilakukan antara kedua-dua belah pihak ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin sejak 50 tahun lalu. Majlis perasmian ini telah membuktikan bahawa melalui buku dan perkongsian budaya juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Rusia yang sudah lama terjalin. Pada tahun 1970, D...
PRESIDENTAL TALK IN CONJUNCTION WITH IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur 24 Jan. - Ms.Gloria Perez-Salmeron, President of the International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) visited Malaysia ti view the progress of preparations for the 84th IFLA, World Library and Information Congress (WLIC) which will be held at the Kuala Lumpur Convention Center from 24th - 30 August 2018 more than 4,000 librarians from all over the world are expected to attend this prestigious and exciting event.             Gloria said it is a huge challenge being in the library field as the information services continuously by the advert of modern technologies as well as digital era. Meanwhile Dato' Nafisah Ahmad, National Library of Malaysia Director General said the role of librarians in Malaysia is still relevant and continuous to develop rapidly despite the challenges of digital information and social media.         ...
SEJARAH KEGEMILANGAN THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK) DIBUKUKAN Kuala Lumpur 20 Jan. - Buku Golden Jubilee, Class of 1966 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) telah dilancarkan di Perpustakaan Negara Malaysia pada 20 Januari 2018 oleh YABhg. Tun Mohammed Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara selaku Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK. Turut hadir Dato' Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Buku ini berkisarkan pengalaman dari Tan Sri Halim Shafie, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia semasa berada di sebuah institusi akademik yang penuh sejarah dan berjaya melahirkan ramai pemimpin kerajaan, tokoh korporat dan tenaga kerja dalam pelbagai bidang.             Penerbitan buku ini bertujuan untuk mendokumentasikan pengetahuan tidak ketara mengenai MCKK yang jarang dapat diketahui khalayak dalam bentuk penulisan. Buku ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi kepad...
MAJLIS PERASMIAN BUKU ISTANA PAHANG : THE PALACE OF PAHANG Kuala Lumpur 11 Jan. - Majlis Perasmian Buku Istana Pahang : The Royal Palace of Pahang telah diadakan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Hadir sama menyerikan majlis Menteri Pelancongan dan Kebudayaan YB Datuk Seri Mo hamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Besar Pahang, YB Dato' Sri Diraja Hj Adnan Hj Yaakob, YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja, Tengku Dato' Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Rashidi Hasbullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin. Turut hadir Ketua Pengarah Perpustaka an Negara Malaysia Dato' Nafisah binti ...
TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPK)  LAWAT PERPUSTAKAAN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM) Masjid Tanah 4 Jan. - Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah melawat Perpustakaan Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Turut Hadir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dato' Nafisah Ahmad.              Saranan beliau agar kolej ini segera ditambahbaik terutama dari segi bahan bacaan yang terkini. Kolej Matrikulasi Melaka mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Jesteru itu, bahan ilmiah amat penting sebagai sumber rujukan diperingkat institusi pengajian tinggi (IPT).               PNM dan KMM diharapkan dapat mengadakan jalinan kerjasama dan hubungan strategik berkaitan sumber bahan bacaan ini.